Pasangan duo yang sentiasa “happy go lucky”. Maldini yang suka buat lawak bersahaja dan Rachel yang suka melayan apa sahaja cerita yang dikongsi. Rachel yang bersuara lunak boleh menghiburkan hati kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya. Maldini pula suda kemestian baginya untuk ber-OOTD di laman sosial Sebab dia suka berfesyen! Dengarkan pasangan ini isnin hingga jumaat di Borneo Pagi, 6.00am – 10.00am.

Beebey mempunyai suara yang lantang dan selalu orang menyangka si Beebey seorang yang tinggi lampai, padahal saiz tubuhnya kecil sahaja. Kalau kenal dengan Beebey dia seorang yang periang dan peramah dengan semua orang. Dengarkan segmen Beebey, Apa Jak 360 isnin hingga jumaat, 10.00am – 1.00pm.

Mendengar celoteh Dudu yang bernada serius, tetapi dia sebenarnya perwatakan yang Lucu dan suka menyakat orang. Kalau mendengar cerita Dudu, pasti tidak keruan dibuatnya. Dengarkan Dudu di segmen Kampung Kampung, isnin sampai jumaat, 1.00pm – 4.00pm.

Keserasian mereka tidak dinafikan. Setiap perbualan mereka adalah secara spontan tetapi tetap menghiburkan pendengar. Terutama sekali dengan karakter-karakter mereka yang sudah tentu menjadi peneman mereka yang mendengar. Felix dengan kebolehan menyanyi juga mampu menjadi seorang pelawak dalam sekelip mata apabila dipancing oleh dialog Ramli. Layan Ampai-Ampai, isnin hingga jumaat, 4.00pm – 8.00pm.

Seorang yang stylo dan sukakan fesyen, Aegy juga berbakat dalam bidang nyanyian. Siapa sangka Aegy juga berkebolehan menulis skrip lagu dan kompose lagu. Serba boleh, itulah Aegy yang tidak bosan melayan pendengar dan peminatnya. Dengarkan Aegy di segmen Orait Bussku, isnin sampai jumaat, 8.00pm – 12.00am.

Close Menu